Secara rasminya permohonan UPU Fasa 2 akan dibuka pada hari ini tetapi hanya hanya boleh memohon selepas jam 1200 waktu Malaysia.
Soalan-soalan yang lazim ditanya :
1) Saya terlepas permohonan fasa1, Bolehkah saya memohon lagi?
Pemohon lepasan SPM/Setaraf yang belum mengemukakan permohonan Fasa1
boleh mengemukakan permohonan pada Fasa 2 yang akan dibuka pada 9
Januari 2012 hingga 2 April 2012.
2) Saya telah membuat permohonan fasa1 tapi kenapa maklumat nama saya bertukar dengan nama kawan saya?
Peringatan, anda dinasihatkan agar mengemukakan permohonan secara
berasingan. Sila selesaikan permohonan terlebih dahulu sebelum membuat
permohonan calon lain. Pembetulan telah dibuat sila semak semula semasa
fasa2 dibuka nanti.
3) Saya kehilangan No. Unik Id saya apa perlu saya buat?
Untuk mengemukakan permohonan anda perlu memiliki no. unik id. Jika
anda belum membeli no. unik id ataupun telah kehilangan nombor tersebut
anda perlu membelinya semula di Bank Simpanan Nasional(BSN).
4)
Semasa permohonan dibuka saya belum memiliki keputusan SPM/ STAM/ STAM/
Matrikulasi/ PASUM/ ASASI, bagaimanakah cara membuat pilihan program
pengajian?
Anda digalakkan mengemukakan permohonan dahulu dengan
membuat pilihan program pengajian berdasarkan keputusan percubaan atau
keputusan semester pertama. Setelah keputusan diumumkan, anda dibenarkan
untuk mengemaskini permohonan sebanyak tiga(3) kali sehingga tarikh
tutup permohonan.
5) Boleh tak seorang pelajar memohon 2 kali IPTA dan Politeknik/ILKA? Adakah saya perlu beli no. unik id yang lain?
Lepasan SPM/Setaraf dibenarkan memohon IPTA dan juga Politeknik/ILKA
dengan mengisi dua permohonan yang berasingan tetapi menggunakan no.
unik id yang sama.
#credit to zakwanMD